Khamis, 6 November 2014

Resepi Baby

6 Bulan

Sebagai rujukan para ibu yang mencari-cari resepi untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas...saya pun copy paste je...cuma edit sikit-sikit cara penyampaian biar mudah faham...so don't ask me anything about the recipes...Special thanks to owner recipes and not forget to my friend Iema.

SNOWGURT

Bahan-bahan :

Yogurt Greek (plain/natural yogurt)
Puree Apple

Caranya :

Frozenkan puree apple tu thawkan sekejap bagi separa pepejal sebab kita nak die macam aiskrim yang dicairkan, campurkan 1 sudu yogurt. Siap! 

CARAMELIZED APPLE  & BANANA WITH CINNAMON 

Bahan-bahan :

Apple 
Unsalted butter 
Banana

Caranya :

1 biji apple dipotong & direbus. Panaskan unsalted butter. Masukkan apple & pisang terus tutupkan api. Sambil tu kita lenyek-lenyek dalam kuali. Akhir sekali kikiskan kayu manis (cinnamon), kalau ada serbuk siap boleh tabur sikit. Orang putih selalu guna cinnamon dalam dessert sebabnya cinnamon nie banyak khasiat. Boleh membantu kurangkan glukosa/gula dalam badan, menguatkan memori. Orang yang ada diabetes elok minum air rendaman kayu manis nie. Sesuai buat dessert.

VOLCANO MASH POTATO WITH CHESSY CHICKEN GRAVY

Bahan-bahan :

Puree potato
Puree isi ayam
Cheddar cheese
Stok ayam
Oregano

Caranya :


Mula-mula kita sediakan mash potato macam biasa. Tambahkan sedikit unsalted butter dalam mash potato. Kemudian kita bentukkan mash potato macam kawah gunung berapi. Pastu kita buat gravy dengan panaskan puree isi ayam dengan cheese dan stok ayam. Stok ayam tu kan bila panas cair macam air so tak perlu tambah air pun takpe. Dah masak kita curahkan ke atas gunung berapi.

PUDING KASTARD BANANA

Bahan-bahan :

1/2 sudu kecik tepung kastard
3oz susu ibu / susu formula
Puree banana

Caranya :

Bancuhkan tepung kastard dengan susu dan pisang. Tambahkan air jika menggunakan susu formula. Panaskan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa. Siap!!

CHICKEN CURRY WITH CARROT & ASPARAGUS

Bahan-bahan :

Unsalted butter
Puree isi ayam
1 sudu teh Yogurt
Cheese Cheddar
Puree Carrot
Puree asparagus
Air

Caranya :

Panaskan unsalted butter. Masukkan semua bahan-bahan. Siap!!!

SPAGHETTI BOLOGNAISE SIMPLE

Bahan-bahan :

Pasta
Puree isi ayam
Tomato
Stok ayam
Cheddar cheese
Oregano

Caranya :

Rebus pasta sampai lembut kemudian toskan. Panaskan isi ayam, tomato yang di potong dadu,stok ayam,cheese. Akhir sekali masukkan pasta. Dah siap boleh taburkan oregano dan blend.

CARROT CEK MEK MOLEK

Bahan-bahan :

Keledek
Carrot
Cinnamon

Caranya :

Rebus keledek & carrot bersama sebatang kayu manis sehingga empuk. Kemudian tos sampai kering airnya. Kalau ada air susah nak bentuk. Lenyek & kepal-kepal menjadi bentuk cek mek molek. Kalau ada kurma letak inti kurma.


7 Bulan

Sebagai rujukan para ibu yang mencari-cari resepi untuk bayi yang berusia 7 bulan ke atas...saya pun copy paste je...cuma edit sikit-sikit cara penyampaian biar mudah faham...so don't ask me anything about the recipes...Special thanks to owner recipes and not forget to my friend Iema.

NASI AYAM SEMPOI

Bahan-bahannya :

Beras
Isi Ayam
Carrot
Celery
Tomato
Stok ayam
Air

Caranya :

Tanak nasi menjadi bubur. Tambahkan 1 kiub isi ayam (klu buat stok dalam bentuk kiub lah)..Siap!!!
Untuk sup : Masukkan 1 stok ayam, air, carrot, celery & tomato ke dalam kuali. Masak sehingga carrot empuk..Siap!!!

NASI TOMATO

Bahan-bahan :

Nasi
Tomato
Stok ayam
Puree isi ayam
Puree Peas
Unsalted butter

Caranya :

Masukkan semua dalam kuali sehingga tomato betul-betul lembut...Siap!!!



8 Bulan

Sebagai rujukan para ibu yang mencari-cari resepi untuk bayi yang berusia 8 bulan ke atas...saya pun copy paste je...cuma edit sikit-sikit cara penyampaian biar mudah faham...so don't ask me anything about the recipes...Special thanks to owner recipes and not forget to my friend Iema.


BUBUR NASI CARROT DENGAN IKAN TENGGIRI BAKAR

Bahan-bahan :

Beras
Carrot
Isi ikan tenggiri
Stok ikan bilis

Caranya :

Masukkan ikan tenggiri dalam oven (nak masak atas kuali pun boleh). Masak beras sampai jadi bubur. Masukkan puree carrot, isi ikan tenggiri & stok ikan bilis ke dalam bubur. Stok ikan bilis nie untuk bagi rasa masin-masin ikan bilis. Cara penyediaan stok ikan bilis, rendamkan ikan bilis, goreng tanpa minyak & blend masuk dalam bekas...Siap!!!


PASTA SHREK

Bahan-bahan :

Pasta
Puree brokoli
Cheddar cheese
Oregano

Caranya :

Rebus pasta sampai lembut. Panaskan puree brokoli dengan cheddar cheese. Masukkan pasta & blend. Taburkan oregano...Siap!!!


CHEESY RICE DENGAN IKAN BILIS & CARROT

Bahan-bahan ;

Beras
Cheddar cheese
Puree carrot
Stok ikan bilis

Caranya :

Masak bubur. Masukkan cheese, carrot & ikan bilis secukup rasa. Cheese tu separuh dari 1keping. Tambahkan unsalted butter untuk rasa lemak-lemak...Siap!!!


GREEK POTATO SALAD

Bahan-bahan :

Puree potato
Telur
Yogurt
Carrot
Brokoli

Caranya :

Masukkan puree potato, carrot, brokoli & kuning telur ke dalam kuali. Panaskan sampai kuning telur tu masak. Masa masak tu kacau-kacau bagi telur tu hancur. Tambahkan 1 sudu yogurt plain. Kacau & tutup api...Siap!!!